BAGAN SERAI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi fokus dalam usaha untuk mencukupkan bekalan makanan, khususnya stok beras tempatan pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia antara fokus beliau selepas rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan semalam mengekalkan kedudukannya menerajui kementerian berkenaan.
"Fokus kementerian kita ialah memastikan bekalan beras di Malaysia mencukupi, terutamanya beras tempatan.
"Masalah kekurangan bekalan beras pada masa ini bukanlah disebabkan kerajaan terdahulu tetapi disebabkan harga beras import murah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Keusahawanan dan Korikulum di Maahad Al-Ehya Assariff di Gunung Semanggol di sini, malam tadi.
Menurutnya, apabila banyak negara di dunia mula menyekat bekalan beras eksport mereka, maka kementerian memberikan tumpuan untuk pengeluaran beras tempatan.
Sehubungan itu, menurut Mohamad, kementerian yang diterajuinya akan melakukan usaha yang terbaik, terutama sekali dalam menghadapi kenaikan harga barangan dan memastikan bekalan makanan mencukupi.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan, harga beras di negara ini masih jauh lebih murah berbanding harga di negara-negara Asia.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, buat masa ini tiada sebarang peruntukkan undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian untuk menghalang penggunaan baja tahi ayam dalam aktiviti pertanian.
Menurutnya, perundangan yang berkaitan gangguan disebabkan bau, dikawal di bawah Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Berikutan itu, sebarang aduan mengenai kacau ganggu itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau mengulas aduan peniaga di Parit Haji Aman dan Parit Haji Tahir di sini, berkenaan kacau ganggu lalat dan pencemaran bau disebabkan sebuah kebun diusahakan warga asing mengunakan baja tahi ayam.
Katanya, berdasarkan semakan Jabatan Pertanian Perak, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) itu hanya bercucuk tanam di kawasan rumah dengan anggaran keluasan satu ekar untuk kegunaan sendiri, bukannya untuk dijual.
"Namun tidak dinafikan mereka mengunakan baja tahi ayam yang banyak dan memberikan kesan bau yang kurang menyenangkan,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 13 2023
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi fokus dalam usaha untuk mencukupkan bekalan makanan, khususnya stok beras tempatan pada masa akan datang, kata Mohamad Sabu. - Gambar Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.