KUCHING: Kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi utama di Sarawak ditambah kepada 562 seminggu berkuat kuasa hari ini selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin.
Dengan pertambahan itu, kekerapan penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching meningkat kepada 279 seminggu, Miri (127), Sibu (83), Bintulu (59), Limbang (tujuh) dan Mulu (tujuh).
"Kini terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memulakan operasi dengan kekerapan penerbangan baharu ini. Dengan pertambahan kekerapan penerbangan ini, JPBN telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mengenakan kadar tambang biasa dan lebih rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebenaran diberi selepas JPBN mengambil kira pelbagai faktor termasuk pencapaian Sarawak yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih banyak permintaan penerbangan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan jumlah kes baharu COVID-19 yang rendah di negeri itu.
Kebenaran itu juga mengambil kira bahawa pengembara antarabangsa yang datang ke Sarawak melalui Semenanjung Malaysia perlu menjalani kuarantin di Kuala Lumpur, selain untuk mempromosikan industri pelancongan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Dengan pertambahan kekerapan penerbangan ini, JPBN telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mengenakan kadar tambang biasa dan lebih rendah. - Gambar hiasan
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Lapangan Terbang Sibu lengang susulan pembatalan penerbangan
Tidak ramai penumpang yang masih menunggu penerbangan mereka kerana kebanyakannya telah balik selepas selesai urusan menukar penerbangan.
Qatar Airways sambung semula penerbangan ke Iran
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
MAS perkenal tiga destinasi baharu untuk tingkatkan kehadiran ASEAN
Tingkatkan ketersambungan dari hab di Kuala Lumpur dengan penerbangan terus baharu ke Male di Maldives, Da Nang di Vietnam dan Chiang Mai, Thailand.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.