awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 Okt

Bernama
Bernama
28/09/2021
08:39 MYT
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 Okt
Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu. - Gambar fail
KUCHING: Berkuat kuasa 1 Okt, kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditingkatkan secara beransur daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membuat keputusan itu dalam mesyuarat minggu lepas, dan ia melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Baharu, Labuan dan Singapura, ke beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.
"Keputusan dibuat selepas mengambil kira pembukaan sektor pelancongan negeri secara beransur, tambang penerbangan yang tinggi, permintaan orang ramai untuk kelonggaran sekatan perjalanan, dan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang menyaksikan kuarantin dikecualikan kepada penumpang yang lengkap vaksinasi dari dalam negara," katanya.
Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan mesyuarat dengan semua syarikat penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan, pejabat residen bahagian, dan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji perincian serta pelaksanaan lancar jadual penerbangan baharu.
"Dengan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak, kita jangka jumlah penumpang dan pergerakan orang ramai dalam Sarawak akan meningkat bermula bulan hadapan. Saya ingin mengingatkan semua penumpang supaya mematuhi dengan rapi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan JPBN bagi menyekat penularan COVID-19 dalam negeri ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekerapan penerbangan
#Sarawak
#ditingkatkan
#Oktober
#Menteri Pengangkutan Sarawak
#Lee Kim Shin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan