awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekeruhan air mentah di tiga LRA, SADA saran pengguna simpan bekalan

Bernama
Bernama
30/03/2025
02:35 MYT
Kekeruhan air mentah di tiga LRA, SADA saran pengguna simpan bekalan
Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan agar pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air.
ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyarankan pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah.
SADA dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan ia berikutan bacaan kadar kekeruhan air mentah melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama dan LRA Sungai Pau menunjukkan trend meningkat dan berisiko terjadinya gangguan bekalan air.
"Kejadian kekeruhan air mentah yang meningkat ini adalah disebabkan oleh faktor hujan lebat di Hulu Sungai Muda.
"Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan agar pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air," menurut kenyataan itu.
SADA memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh menghubungi talian i-SADA di nombor 15404 atau melalui e-mel aduan SADA iaitu [email protected] untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRA
#SADA
#gangguan bekalan air
#air keruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan