PUTRAJAYA: Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.
"Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Dis lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertnggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.
"Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Disember lepas, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.
Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.
"Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil ekspot telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi," katanya.
Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Mohamad berkata MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kewangan selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Muhyiddin Yassin mula ternak ayam...
Tan Sri Muhyiddin mula ternak ayam penelur sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.
DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.
Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.
Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.
Senarai 30 barang kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April - Salahuddin
Salahuddin berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.
Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
Kerajaan akan kaji subsidi ayam, telur Jun ini - Mohamad Sabu
Setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntuk kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.