awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam

Bernama
Bernama
04/04/2022
12:04 MYT
Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kekurangan pekerja menyebabkan banyak premis perniagaan termasuk kedai makan masih tidak dapat beroperasi 24 jam walaupun boleh berbuat demikian selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai Jumaat lepas.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengusaha restoran mamak yang sering menjadi tempat 'lepak' orang ramai selepas tengah malam lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
Presiden Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata situasi itu disebabkan kebanyakan pengusaha restoran mamak tidak mempunyai pekerja mencukupi untuk menampung operasi walaupun terdapat permintaan tinggi lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
"Permintaan memang ada lebih-lebih lagi bulan puasa untuk sahur dan sebagainya, cuma dalam kalangan pengusaha ada kekangan tidak cukup pekerja kerana ramai yang balik ke negara asal semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sebelum ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, hanya 25 peratus daripada 9,000 ahli Presma di seluruh negara mampu beroperasi 24 jam.
Jawahar berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan pihaknya termasuk program bersama agensi kerajaan bagi menarik minat anak tempatan untuk bekerja di restoran mamak namun masih belum mampu menyelesaikan masalah itu.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya membantu meringankan beban yang dihadapi pengusaha restoran 24 jam dengan mempermudah proses kemasukan semula pekerja asing ke negara ini.
"Sekarang ini permintaan memang tinggi daripada pelanggan, cuma tiada pekerja untuk uruskan perniagaan kami. Bayangkan, rezeki dah ada di depan mata tapi kami tak boleh nak tampung," katanya.
Pengurus Restoran Nasi Kandar Pelita cawangan Ampang Hassan Mohideen pula berkata walaupun jumlah pelanggan semakin bertambah dan terdapat kekangan tenaga kerja, pihaknya tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.
"Setakat ini, kami masih mampu melayan pelanggan yang datang walaupun ada masalah kekurangan pekerja. Baru dua hari (Ramadan) masih okey, lepas ini tak tahu lagi," katanya.
Sementara itu, pengurus sebuah kedai serbaneka di Setapak Salmah Said berkata cawangannya masih tidak dapat beroperasi 24 jam disebabkan pekerja tidak mencukupi.
"Setakat ini, kami hanya boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan isu ini sudah di bawah pengetahuan pihak pengurusan yang sedang berusaha menyelesaikannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#restoran mamak
#kekurangan pekerja
#restoran 24 jam
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan