awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelab Kucing Malaysia minta penjelasan akhbar pilih foto kucing ditimbus

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2014
00:34 MYT
Kelab Kucing Malaysia minta penjelasan akhbar pilih foto kucing ditimbus
xxx
Kelab Kucing Malaysia meminta Harian Metro memberi penjelasan mengenai foto yang dipilih sebagai pemenang dalam sebuah peraduan kongsi gambar akhbar itu pada Isnin, yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak ketawa bersama seekor kucing yang ditanam hingga paras kepala.
Dalam emelnya kepada Astro AWANI, Presiden kelab tersebut Khalid Rashid atau dikenali sebagai Pak Rashid berkata, ianya sangat melampau walaupun tujuannya adalah untuk bergurau.
“Melampau sangat walaupun tujuannya bergurau tapi banyak benda lain yang boleh dijadikan bahan gurauan bukan bergambar seperti ini.
“Ini namanya menyeksakan haiwan dan bukanlah satu yang melucukan tapi menyedihkan,” katanya.
Pak Rashid turut mempersoalkan tahap pemikiran pengadil yang memilih gambar tersebut kerana tidak berfikir akan baik dan buruknya gambar tersebut.
harian metro
Kucing
Foto yang disifatkan 'melampau' oleh Kelab Kucing Malaysia.
Mengakhiri kenyataan itu, Pak Rashid yang mewakili ahli-ahli Kelab Kucing Malaysia dan para peminat kucing meminta agar pihak akhbar memberi penjelasan kenapa gambar tersebut sangat istimewa sehingga sanggup dikeluarkan di dalam akhbar.
Kelab tersebut turut memberi pandangan agar pihak berkenaan memohon maaf kepada pencinta haiwan sedunia.
Harian Metro pada Isnin melalui sisipan Variasi mempamerkan gambar tiga kanak-kanak beraksi dengan wajah kelakar bersama seekor kucing yang ditimbus dengan pasir sehingga ke paras kepala.
Pertandingan tersebut mengkehendaki peserta menghantar foto yang mempunyai nilai berita dan pemenang diberikan RM50 dalam bentuk kredit.
Topic Berkaitan
#Harian Metro
#Kelab Kucing Malaysia
#Khalid Rashid
#kucing
#Pak Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan