NATIONAL
Kelantan akan laksana pelan tindakan strategik atasi gejala dadah

Pelan itu akan dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi kerajaan dan negeri serta pemimpin setempat seperti polis, AADK dan Pemadam. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Kelantan akan melaksanakan pelan tindakan strategik bagi jangka masa pendek dan panjang untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.
Ringkasan AI
- Kelantan akan melaksanakan pelan tindakan strategik jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, dengan kerjasama agensi kerajaan, negeri, dan pemimpin setempat seperti polis, AADK, dan Pemadam.
- Pelan ini akan fokus kepada kawasan berisiko tinggi yang telah dikenal pasti oleh polis dan AADK.
- Selain pelan tindakan, beberapa inisiatif lain termasuk sesi libat urus dengan kerajaan pusat akan dilaksanakan untuk menangani isu dadah yang melibatkan aspek antarabangsa dan nasional.
Beliau yang juga Pengerusi Pemadam negeri berkata pihaknya juga akan turut melakukan beberapa inisiatif termasuk mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan pusat.
"Secara asasnya, isu dadah ini bukan hanya berlaku di Kelantan namun ia melibatkan isu antarabangsa dan nasional, dan kita perlu mengakui bahawa Kelantan yang paling terkesan disebabkan kedudukan negeri ini di sempadan Malaysia-Thailand selain faktor lain, namun kita tidak mahu melepas tangan dan menyalahi mana-mana pihak kerana isu ini perlu diatasi semua pihak," katanya.
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Kelantan mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia membabitkan 1,130 kes dalam setiap 100,000 penduduknya, diikuti dengan Terengganu (914 kes), Perlis (965 kes) dan Kedah (898 kes) bagi setiap jumlah penduduk sama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami