MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis memaklumkan solat Jumaat, solat fardu, serta pelaksanaan aktiviti di masjid, surau dan musalla di negeri Kelantan dibenarkan.

BACA: Kelantan benar solat jemaah, aktiviti agama di masjid mulai esok

Namun, pelaksanaannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu secara terkawal bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Berikut Astro AWANI senaraikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MAIK:

1. Tempat pelaksanaan

Solat Jumaat, solat fardu, serta pelaksanaan aktiviti di masjid, surau dan musalla dalam tempoh PKPP ini adalah dibenarkan kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

2. Masa

Masjid, surau dan musalla akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan ditutup setelah solat disempurnakan.

3. Bilangan jemaah yang dibenarkan

Kehadiran jemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar setelah diambil kira keperluan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter termasuk di anjung dan pekarangan masjid, surau serta musalla.

4. Kawalan dan keselamatan

Bagi kawalan penularan dan jangkitan, pihak jawatankuasa masjid perlu mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.

Selain itu, untuk kawalan dan pengesanan jemaah yang hadir, selain aplikasi MySejahtera, borang daftar hadir boleh diwujudkan atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran yang mesti di simpan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, beberapa etika jemaah perlu diutamakan. Antaranya, memakai penutup muka, membawa sejadah sendiri, tidak bersalaman sesama yang hadir dan tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai aktiviti.

Jemaah yang bergejala atau menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

5. Aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau

Berikut pula merupakan tiga bentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan:

Majlis ilmu:
Majlis akad nikah:
Kemudahan jemaah:
MAIK, dalam pada itu, menegaskan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP tersebut.