awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan bersedia jadi hab industri kuda untuk negara

Bernama
Bernama
19/07/2025
13:19 MYT
Kelantan bersedia jadi hab industri kuda untuk negara
Kerajaan Kelantan bersedia bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi merealisasikan hasrat menjadi hab isdustri kuda. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berhasrat untuk menjadikan negeri itu sebagai hab industri kuda dengan memanfaatkan potensi penternakan pelbagai baka kuda berkualiti yang semakin berkembang.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata pihaknya mempertimbangkan perkara itu dan bersedia bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
"Kalau kita lihat jumlah penternak kuda di Kelantan ini memang ramai kerana rakyat negeri ini menjadikan kuda sebagai hobi. Maka ia amat sesuai dengan minat masyarakat yang sangat dekat dengan dunia berkuda.
"Terdapat pelbagai jenis kuda berkualiti, daripada sekecil-kecil kuda sehinggalah sebesar-besar kuda yang diternak di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Kebajikan Haiwan Peringkat Kebangsaan 2025 dan Pendaftaran Kad Pengenalan Kuda, di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan sokongan dan perancangan rapi, usaha tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh taraf hidup penternak, malah berpotensi menjadikan Kelantan sebagai pusat agropelancongan baharu yang mampu menarik kedatangan pengunjung dalam dan luar negara.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPV Dr Akma Ngah Hamid berkata Kelantan mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab industri kuda di Malaysia.
Beliau berkata usaha itu perlu disokong dengan budaya pemeliharaan yang bertanggungjawab, pemantapan sistem pendaftaran dan pemantauan, selain pembangunan program latihan dan penyelidikan bagi memperkasakan industri secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#kuda
#penternakan baka
#JPV
#kerajaan negeri Kelantan
#hab industri kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan