awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB

Bernama
Bernama
26/12/2023
11:15 MYT
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung. - Gambar fail/Bernama
PASIR MAS: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung terutamanya di beberapa buah kampung di sekitar Rantau Panjang.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata terdapat banyak rungutan daripada penduduk mendakwa pembinaan benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok menyebabkan paras air banjir semakin tinggi dan mengakibatkan banjir termenung.
"Banyak rungutan daripada mangsa banjir yang mengharapkan agar Kerajaan Pusat membuat kajian mengenai pembinaan benteng tersebut. Kerajaan negeri juga faham projek benteng itu belum siap sepenuhnya.
"Bagi saya mungkin Kerajaan Pusat perlu memikirkan sesuatu sebelum projek itu siap sepenuhnya supaya air dapat mengalir dengan lancar dan mengelak berlakunya banjir termenung," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, di sini hari ini.
Mengenai cadangan agar dibina terowong atau membuka laluan air bagi mengalirkan air banjir daripada bertakung, Mohd Nassuruddin berkata sekiranya itu penyelesaian selepas kajian dijalankan, cadangan oleh penduduk kampung itu akan dilaksanakan.
"Banjir di sini (Pasir Mas dan Rantau Panjang) didakwa lebih besar daripada 2014 malah paras air lebih tinggi disebabkan wujudnya benteng tersebut.
"Kita bukan mahu lari daripada masalah banjir kerana ia sudah biasa berlaku tetapi sesuatu perlu dilakukan agar paras air tidak tinggi dan berlakunya banjir termenung," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyatakan akan melakukan ubah suai pada struktur alur limpah PLSB Sungai Golok di Pengkalan Teluk, Rantau Panjang, Kelantan susulan masalah banjir termenung di kawasan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir termenung
#banjir kelantan
#kerajaan negeri Kelantan
#Mohd Nassuruddin Daud
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan