awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan larang gerai, penjaja tepi jalan beroperasi mulai esok

Bernama
Bernama
08/05/2021
10:50 MYT
Kelantan larang gerai, penjaja tepi jalan beroperasi mulai esok
Para peniaga dan masyarakat dinasihat agar mematuhi arahan itu bagi mengelakkan dikenakan tindakan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Bermula esok, semua gerai dan aktiviti penjaja di tepi jalan termasuk penjaja beredar di Kelantan dilarang beroperasi bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai yang merupakan penyebab utama penularan wabak COVID-19 di negeri itu.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan situasi semasa COVID-19 di Kelantan kini menunjukkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pada tahap yang sangat membimbangkan.
"Aktiviti yang dikenal pasti menarik perkumpulan orang ramai pada masa ini adalah gerai atau penjaja tepi jalan, penjaja beredar dan seumpamanya yang dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kadar kematian akibat COVID-19 di Kelantan juga sudah melebihi 50 orang dengan purata kematian lebih kurang empat orang sehari.
Memandangkan keadaan yang penuh risiko ini, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kelantan terpaksa bertindak segera bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai di satu-satu tempat, menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, para peniaga dan masyarakat dinasihat agar mematuhi arahan itu bagi mengelakkan dikenakan tindakan.
"Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T segera mengangkat ujian pandemik COVID-19 ini daripada terus meningkat di negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#gerai tepi jalan
#penjaja tepi jalan
#penjaja beredar
#dilarang beroperasi
#mengelak orang ramai berkumpul
#Ahad
#9 mei 2021
#SUK
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan