Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Mohd Radzi Md Jidin.
Mohd Radzi berkata, dari segi statistik, kadar kemiskinan Kelantan menyamai purata kemiskinan peringkat nasional iaitu 0.4 peratus namun hakikatnya masih ada kumpulan yang ketinggalan.
"Statistik kemiskinan bagi bulan Jun tahun ini menunjukkan miskin tegar di Kelantan mencatatkan 6,218 orang manakala miskin melibatkan 31,217 orang.
"Itu hakikat yang kita harus terima. Data e-Kasih juga menunjukkan rakyat Kelantan antara senarai tertinggi selain penerima tertinggi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," katanya kepada pemberita sebelum berucap pada Kongres Sosioekonomi Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.
Kongres yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang dirasmikan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, menghimpunkan pakar pelbagai bidang bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pembangunan sosio ekonomi Kelantan.
Mohd Radzi berkata, kerajaan tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam isu kemiskinan di Kelantan sebaliknya, akan komited membawa negeri ini bersama arus pembangunan negara.
"Program hari ini kita mahu cari jalan untuk membawa bersama seluruh rakyat Kelantan agar dapat menikmati pembangunan. Kita tinggalkan apa yang telah lepas. Apa yang kita inginkan rakyat Kelantan rasai apa dirasai di seluruh negara," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, Kelantan mempunyai pelbagai potensi yang boleh dimajukan dalam usaha membangunkan sosio ekonomi tempatan.
Antara kelebihan yang dimiliki Kelantan ialah modal insan yang berkemahiran terutama dari segi pertanian dan penternakan, tanah yang luas selain kebudayaan dan warisan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
Menurut Mohd Radzi Md Jidin, Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak. - Gambar BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
101,385 tuntut Insuran Kehilangan Pekerjaan - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, statistik tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 40,000 dan 24,000 pekerja masing-masing pada 2019 dan 2018.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.