Selain Terengganu, Kelantan turut mencatatkan peningkatan pemindahan mangsa banjir.

Ia merekodkan jumlah melebihi 6700 orang.

Semua mereka ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Pasir Mas masih mencatatkan jumlah paling ramai yang dipindahkan berikutan limpahan Sungai Golok yang masih mencecah paras bahaya.

Selain Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencecah paras bahaya, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah juga berada pada paras yang sama.

Bagaimanapun keadaan cuaca yang baik pada Rabu menyebabkan paras air sungai berkenaan termasuk sungai utama yang lain susut sedikit.

Walaupun mencatatkan peningkatan mangsa, namun tiada jalan utama yang ditutup kecuali Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang hanya boleh dilalui pacuan empat roda atau kenderaan berat sahaja.