awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan ucap terima kasih, hargai pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan - MB

Bernama
Bernama
04/06/2024
08:15 MYT
Kelantan ucap terima kasih, hargai pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan - MB
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri atas pemberian pelbagai geran tahunan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemberian pelbagai geran tahunan termasuk geran perkapita, geran jalan dan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) kepada negeri ini.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata rekod pemberian geran tahunan yang diterima oleh kerajaan negeri adalah RM272.55 juta bagi tahun 2019, RM296.98 juta (2020), RM317.65 juta (2021), RM346.91 juta (2022) dan RM354.02 juta tahun lepas.
"Anggaran geran tahunan bagi tahun 2024 belum dapat diberikan kerana tertakluk kepada polisi dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaaan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) yang bertanya mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Kelantan
#ucapkan terima kasih
#geran tahun
#kerajaan Persekutuan
#Mohd Nassuruddin Daud
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan