awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta

Bernama
Bernama
09/04/2024
08:48 MYT
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Nassuruddin berkata beliau berharap penyaluran Wang Ihsan itu, dapat diteruskan pembayaran secara berjadual berdasarkan prinsip dan semangat persekutuan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau berharap penyaluran Wang Ihsan itu, dapat diteruskan pembayaran secara berjadual berdasarkan prinsip dan semangat persekutuan.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa telus dalam melaksanakan sebarang peruntukan, demi kesejahteraan rakyat Kelantan.
"Wang Ihsan merupakan satu bentuk terimaan yang sememangnya diperuntukkan dalam bajet negeri dan semua terimaan dan perbelanjaan yang terdapat dalam bajet negeri, diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
"Pada kesempatan ini, saya mewakili saf kepimpinan kerajaan negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Kerajaan Persekutuan memaklumkan telah menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#ucapan terima kasih
#Anwar Ibrahim
#Mohd Nassuruddin Daud
#wang ihsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan