NATIONAL
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa, penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri

Pengumuman berkenaan dibuat Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Ringkasan AI
- Kelantan mengisytiharkan 30 Mac sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Raya Aidilfitri untuk memberi kelonggaran kepada rakyat pulang ke kampung lebih awal.
- Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam, melibatkan peruntukan RM5 juta.
- Menteri Besar mengingatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak supaya tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Kerajaan negeri bersetuju memberikan cuti peristiwa pada Ahad ini sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Diharapkan cuti ini dapat memberi ruang kepada rakyat untuk merapatkan silaturahim bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga tetapi juga sahabat handai," katanya.
Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.
"Sebanyak 9,000 penjawat awam di negeri ini akan menerima bantuan kewangan khas itu esok, melibatkan peruntukan RM5 juta," katanya.
"Kita berharap semua anak perantau memandu dengan berhemah kerana kita tidak mahu berlaku sebarang tragedi yang boleh meragut nyawa," katanya.
Pada masa sama, Mohd Nassuruddin mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak bermain mercun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Jangan berikan wang kepada anak-anak untuk membeli mercun kerana permainan ini berbahaya. Setakat ini, sudah ada kes kecederaan serius akibat mercun," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami