GOL daripada Darwin Nunez dan Nicolas de la Cruz memberikan Uruguay kemenangan 2-0 ke atas Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Centenario pada Rabu.
Kekalahan Brazil itu juga dibayangi tonggak utamanya, Neymar yang terpaksa dikeluarkan pada lewat separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan lutut serius.
Nunez membuka jaringan pada minit ke-42 menerusi tandukan dan malam Brazil menjadi lebih teruk dua minit kemudian apabila Neymar terjatuh selepas cuba merebut bola daripada De la Cruz.
Neymar meninggalkan padang dengan pengusung selepas menerima rawatan selama beberapa minit.
Sumber Brazil FA berkata, penyerang itu mengalami kecederaan lutut kiri yang teruk dan dia akan menjalani ujian untuk menentukan sama ada terdapat kerosakan ligamen.
De la Cruz melebarkan kedudukan tuan rumah dan memastikan kemenangan dengan gol percubaan jarak dekat pada minit ke-77.
Kemenangan itu melonjakkan Uruguay ke tangga kedua dalam kedudukan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dengan tujuh mata, berkongsi mata sama dengan Brazil dan Venezuela. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 18 2023
Pemain Uruguay, Joaquin Piquerez (kanan) dan pemain Brazil David Neres semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 di Stadium Centenario di Montevideo, Uruguay. - Gambar/ AP
KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat
Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.
Cadangan naik harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober - Mohamad Sabu
Cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) dijangka dimuktamad sebelum Oktober tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
AWANI Ringkas: Melakonkan semula kejadian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arab Saudi pertimbang perluas inisiatif 'Makkah Route' ke negara lain
Kerajaan Arab Saudi sedia mempertimbangkan untuk meluaskan lagi pelaksanaan inisiatif 'Makkah Route' ke negara-negara lain yang berminat demi keselesaan perjalanan jemaah menunaikan haji.
Nahas rombongan guru: Jenazah Dahlia selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tuang pada 10.50 pagi tadi dan turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, kenalan serta rakan sekerja.
Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir.
10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.
AWANI Ringkas: Penyasaran subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Menteri Perang Israel letak jawatan
Menteri perang Israel, Benny Gantz letak jawatan daripada kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu.
Kuasai bahasa Mandarin beri kelebihan dalam kerjaya
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Nepal medan Harimau Malaya panas badan
Sembilan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) selain Dion Cools akan mula menyertai skuad Harimau Malaya esok.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Di mana kedudukan ranking Harimau Malaya selepas atasi Chinese Taipei?
Berdasarkan kedudukan semasa ranking di footranking.com, Harimau Malaya kini jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-130 dunia.