Kelemahan nilai mata wang ringgit tidak akan menjejaskan operasi Benelli Keeway Motocycles Sdn Bhd (Benelli Malaysia) untuk mengembangkan perniagaan serta meluaskan pasaran motosikal keluaran syarikat itu di negara ini.
Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli Malaysia, Wan Najib Wan Daud berkata, syarikat itu mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu motosikal melebihi 200cc tahun depan, termasuk T302R.
"Kami (Benelli) sedang cuba untuk mengekalkan harga motosikal syarikat itu pada harga yang mampu beli selagi yang boleh, di sebalik kelemahan nilai ringgit.
"Namun, jika ringgit terus melemah, syarikat itu mungkin akan mengkaji semua harga motosikalnya," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran motosikal mini, Benelli TnT135 di ibu negara, petang tadi.
Pelancaran motosikal berkenaan dilakukan Pengurus Besar Benelli Malaysia, Low Kin Yong.
Wan Najib berkata, berikutan situasi ekonomi negara yang tidak menentu tahun ini, syarikat itu mengunjurkan peningkatan jualan hanya lima peratus, berbanding jualan empat ribu motosikal tahun lalu.
"Bagaimanapun, dengan beberapa model baharu yang akan diperkenalkan tahun depan, syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan antara tujuh dan 10 peratus untuk 2017," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Global Benelli, Dante Richard Bustos berkata, motosikal ini disasarkan kepada penunggang muda daripada usia 18 hingga 25 tahun.
"Namun ia boleh menjadi pilihan bagi semua peringkat usia untuk kegunaan harian kerana TnT135 merupakan sebuah motosikal yang mudah dikawal serta berkuasa dan ini menjadikan ia seronok untuk ditunggang," katanya.
TnT135, model dalam segmen motosikal mini ini dikuasakan dengan enjin 135cc suntikan elektronik SOHV empat injap sejukan pelincir serta mempunyai lima kelajuan.
TnT135 mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dengan penggunaan bahan api yang efisien.
Ciri lain yang dimiliki motosikal ini ialah sistem eksoz oksigen, pensijilan Euro 4, Lampu LED penuh untuk lebih terang ketika tunggangan malam dan jelas ketika siang, serta brek cakera depan dan belakang.
Model ini didatangkan dengan dua pilihan warna dan grafik yang menarik iaitu merah dan putih dengan harga jualan asas tidak termasuk GST, RM7,990.
Ia akan mula berada di pasaran menerusi semua pengedar bertauliah Benelli di seluruh negara bermula, Rabu.
Shuhaimi Zabri
Tue Dec 06 2016
Syarikat Benelli Malaysia mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu motosikal melebihi 200cc tahun depan, termasuk T302R. - Foto Astro AWANI / Shuhaimi Zabri
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelemahan nilai ringgit tidak halang Benelli Malaysia lancar model terbaharu
Syarikat itu mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu motosikal melebihi 200cc tahun depan, termasuk T302R.