KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi memaklumkan jawatankuasa teknikal sedang meneliti cadangan penggubalan akta baharu berkaitan isu keselamatan dalam talian melibatkan penggunaan media sosial.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata penelitian antaranya memberi fokus kepada kelompongan dalam undang-undang sedia ada seperti isu penipuan dan keselamatan dalam talian khusus bagi kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah.
"Saya ambil contoh bagi pengguna media sosial berusia 13 tahun ke bawah, sebenarnya mereka tidak boleh mendaftar tetapi pada waktu ini ia hanya sebagai garis panduan dan pengguna membuat pengisytiharan diri dengan menyatakan kepada (penyedia) platform media sosial bahawa mereka berusia 13 tahun ke atas tetapi tidak ada tindakan yang lebih baik daripada itu.
"Walau bagaimanapun pada waktu ini, undang-undang sedia ada tidak memaksa platform-platform media sosial untuk mengikut arahan kerana mereka tidak dilesenkan.
"Jadi ini antara perkara yang sedang dibincangkan secara menyeluruh kerana jumlah yang hilang melalui scam (penipuan) yang menyalahgunakan media sosial, setiap tahun jumlahnya meningkat.
"Kita lihat kerjasama yang diberikan untuk segera mematahkan aktiviti scam dalam talian ini, tidak begitu pantas," katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab celahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) sama ada kementerian berhasrat mewujudkan garis panduan atau undang-undang untuk mengawal selia pengendali media sosial agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mencegah hal tidak bermoral atau kandungan haram.
Syahredzan juga mencadangkan agar garis panduan tersebut mengambil kira kandungan judi dalam talian atau bahan pornografi.
Menjawab lanjut, Fahmi (PH-Lembah Pantai) berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan sejumlah 18,814 kandungan perjudian berbanding 20,175 permohonan pada 2023.
Dalam masa sama, beliau berkata secara umum undang-undang ketika ini tidak memaksa mana-mana penyedia platform untuk menurunkan sebarang kandungan di media sosial.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 13 2024
Fahmi berkata jawatankuasa teknikal sedang meneliti cadangan penggubalan akta baharu berkaitan isu keselamatan dalam talian melibatkan penggunaan media sosial - Foto JaPen
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.