awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelonggaran bersyarat untuk masuk Sabah - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
23/02/2021
14:51 MYT
Kelonggaran bersyarat untuk masuk Sabah - Masidi
Masidi berkata Sabah mencatatkan pertambahan 94 kes positif COVID-19 pada Selasa, dengan satu kes kematian di daerah Sandakan.
KOTA KINABALU: Pergerakan masuk ke Sabah masih tidak dibenarkan selaras prosedur operasi standard (SOP) bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun terdapat sedikit kelonggaran, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata, kelonggaran diberikan kepada individu yang berasal dari Sabah, suami atau isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan; serta pemegang pas-pas Jangka Panjang Imigresen Malaysia (Negeri Sabah) yang menjalankan perkhidmatan perlu.
"Semua individu yang masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum perjalanan.
"Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah," katanya.
"Bagi pergerakan keluar negeri, kelonggaran diberikan kepada mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu, kes kecemasan dan perubatan. Namun, perlu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pergerakan merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan seperti kematian atau bencana alam, bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi... perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan," katanya.
Selain itu, pelajar ditemani seorang penjaga yang ingin merentas daerah atau negeri perlu membawa bersama dokumen pengesahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Masidi turut memaklumkan bahawa kenderaan persendirian dibenarkan untuk membawa penumpang dari rumah yang sama sesuai dengan kapasiti tempat duduk.
Sabah mencatatkan pertambahan 94 kes positif COVID-19 pada Selasa, dengan satu kes kematian di daerah Sandakan.
Satu kluster baharu telah dikesan, iaitu Kluster Mawar di Sandakan dengan 15 kes positif COVID-19. Siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa majlis makan malam Tahun Baharu Cina di kediaman sendiri.
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Sabah
#COVID-19
#PKP
#PKPB
#pergerakan masuk
#tidak dibenarkan
#kelonggaran
#rakyat Sabah
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan