Ibu bapa dalam institusi keluarga perlu memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli keluarganya sebagai satu perkara yang paling asas.
Perpaduan perlu bermula dari rumah seterusnya diterapkan kepada anak-anak di di luar rumah, di sekolah antara pelajar dan guru, jiran tetangga, masyarakat setempat dan antara kaum dalam komuniti berbilang bangsa dan agama.
"Sarawak merupakan model perpaduan dan keharmonian terbaik yang ditunjukkan di kalangan masyarakat berbilang bangsa serta etnik yang mempunyai keunikan tersendiri.
"Elemen inilah yang perlu dikekalkan oleh masyarakatnya dengan menolak anasir-anasir melampau yang boleh menggugat perpaduan masyarakat Sarawak," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen P201 Batang Lupar turut memuji inisiatif yang ditekankan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di mana konsep perpaduan telah diberi fokus dalam '53 Prinsip dan Tindakan' selama beliau menjadi Ketua Menteri.
Ia juga disenaraikan sebagai perkara kedua dan ketiga dalam Manifesto BN 2016 iaitu mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri Sarawak serta memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum.
Maka tidak hairanlah Kuching telah dipilih sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri tahun lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program 'Strive 4 Unity' yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Stadium Mini Sri Aman.
Turut hadir calon BN N28 Lingga, Simoi Peri.
Rohani turut merasmikan Program Bersamamu Masyarakat di Dewan Kampung Melayu Stumbin dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Raweng di sini.
Noraida Abdul Kassim
Sat Apr 30 2016
Rohani ketika hadir merasmikan Program Bersamamu Masyarakat di Dewan Kampung Melayu Stumbin dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Raweng. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi dijangka rendah - Penganalisis
Dr Ammar Redza menjelaskan peratusan keluar mengundi boleh berubah bergantung kepada peranan pihak berkuasa, parti-parti dan pemain-pemain politik memberi keyakinan kepada pengundi.
DUN Sarawak: Status ADUN kekal
Susulan lanjutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, wakil rakyat akan kekal sebagai ahli sehingga ia dibubarkan.
PN sebulat suara setuju bantu GPS hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat MT yang turut dihadiri beberapa ketua-ketua parti komponen.
PRN Sarawak: Boleh adakan jika darurat ditamatkan awal - Arnold Puyok
Sarawak masih boleh melaksanakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 sekiranya pengisytiharan darurat ditamatkan lebih awal.
PRU dan PRN serentak? Cadangan yang baik - Abdul Karim
Penganjuran pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak secara serentak akan mampu menjimatkan kos.
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
"Siapa ganti Abdul Wahab? Pilihan raya masih jauh." - Abang Jo
Siapa bakal menggantikan Datuk Abdul Wahab Aziz bagi mewakili PBB di DUN Kalaka belum diputuskan.
PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN
Pakatan Harapan Sarawak mengatur formula khas dan menurunkan kesemua calon di 82 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Kemenangan besar BN Sarawak tanda kepercayaan rakyat masih utuh - Abdul Taib
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri ke-11 yang lalu membuktikan kepercayaan rakyat kepada BN Sarawak masih utuh.
Barisan Kabinet negeri Sarawak dijangka diketahui hari ini
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu di bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini pada kira-kira 3 petang.