awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga dibenarkan melawat penghuni penjara sempena Deepavali - Jabatan Penjara

Bernama
Bernama
29/10/2021
08:09 MYT
Keluarga dibenarkan melawat penghuni penjara sempena Deepavali - Jabatan Penjara
Seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluarga dibenarkan melawat penghuni penjara bermula 5 hingga 9 November ini sempena perayaan Deepavali mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.
Jabatan tersebut dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi penjara di negeri yang berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 perjumpaan boleh dilaksanakan melalui dua pilihan iaitu secara e-mel jabatan (Icewarp) atau panggilan video dan bersemuka untuk pelawat yang lengkap divaksin.
"Seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu.
"Tempahan (pertemuan) boleh dibuat bermula hari ini sehingga 4 November melalui sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Jabatan Penjara juga memaklumkan pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan.
"Hanya dua pelawat dibenarkan dalam kalangan keluarga yang ditetapkan oleh pihak penjara manakala pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pelawat wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan dan kebenaran perjumpaan secara Icewarp atau panggilan video sahaja terpakai kepada penjara di negeri-negeri yang belum mencapai PPN Fasa 4.
"Orang ramai boleh menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat institusi boleh didapati di www.prison.gov.my," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan keluarga
#penghuni penjara
#Deepavali
#Jabatan Penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan