Keluarga guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak empat bulan lepas sudah boleh menerima kehilangannya.
Namun, di sudut hati masih tersemat harapan agar si ibu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Suami mangsa, Ruzilan Omar, 58, berkata beliau serta anak-anaknya tidak pernah putus berdoa supaya Jashiah ditemui.
"Saya amat sunyi tanpa dia (Jashiah) di rumah, apabila tinggal berseorangan kerana anak-anak tidak menetap bersama saya.
"Mereka melanjutkan pelajaran di negeri lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
BACA: Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
BACA: Guru Besar hilang: Apa yang kita tahu setakat ini?
BACA: Suami Jashiah yakin isteri masih selamat
Beliau berkata kesemua empat anaknya sudah boleh menerima kenyataan mengenai kehilangan itu, namun anak bongsunya, perempuan, yang paling rapat dengan Jashiah terus mengharapkan kepulangan ibunya.
Anak gadis itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
"Saya berharap ibunya pulang segera dan akan menjadi penyuntik semangat baginya menduduki peperiksaan," kata bekas anggota tentera itu.
Ruzilan berkata beliau sentiasa berhubung dengan pegawai penyiasat polis bagi mengetahui perkembangan kes berkenaan.
BACA: Tiada petunjuk baharu, usaha mencari Jashiah Rabu temu jalan buntu
BACA: Misteri kehilangan Jashiah: Keluarga merindui, bersolat hajat
BACA: Polis guna alat pengesan haba cari guru besar Jashiah Rabu
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihaknya masih tidak menemui sebarang petunjuk baharu, namun siasatan kes diteruskan walaupun operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 10 Nov lepas.
"Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya melaporkan kepada balai polis berdekatan," katanya.
Ditanya tentang kemungkinan Jashiah diculik, Supramaniam menafikannya kerana tidak nampak sebarang motif.
Kes tetap diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, katanya.
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Dia dikatakan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang sebuah kereta.
Bernama
Wed Feb 24 2016

Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas. - Gambar Fail

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Kerjasama gabungan politik pembangkang
Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Pengarah Komunikasi Gabungan itu, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahawa khemah besar bukan strategi utama untuk pilihan raya, sebaliknya PH perlu memperkukuh kembali kepada mencari jalan penyelesaian dan buat penawaran kepada rakyat. Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis membincangkan mengenai kerjasama dalam kalangan gabungan parti dan juga konsep khemah besar ini dalam situasi politik semasa.

Air hujan kini tidak lagi selamat diminum
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil
Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesies haiwan marin lain.

Jangan biar parti lawan guna isu LCS serang BN - Mohamad
"Ini tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan."

Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah
Keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat.

Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari
Ia bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000.

Guru besar mengaku tidak bersalah beri kontrak alat bantu mengajar pada isteri, adik lelaki
Tertuduh didakwa guna kedudukan meluluskan tender pembelian alat bantu mengajar dan peralatan bernilai RM36,466.15.

Pengetua, guru besar mengadu sikap segelintir ibu bapa enggan benar anak divaksin
Sesi penerangan secara saintifik dengan menggunakan data Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diperbanyak oleh pihak berwajib bagi menangani isu vaksinasi dalam kalangan murid sekolah dan ibu bapa.

Guru besar ditahan salah guna wang sumbangan
Wanita berusia 60 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 11 pagi ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan bagi membantu siasatan.

Salah guna jawatan untuk dapat suapan: Guru Besar dipenjara tiga bulan, denda RM20,000
Tertuduh yang kini berjawatan guru besar dituduh di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Bekas guru besar didakwa pecah amanah wang sumbangan zakat RM75,000
Mohamed Nor Azmi didakwa menyalahgunakan wang sumbangan itu untuk kegunaannya sendiri dan tidak diagihkan kepada murid asnaf.

SPRM tahan guru besar buat tuntutan palsu
Suspek lelaki berusia 57 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira pada Isnin, selepas hadir memberikan keterangan.

SPRM tahan guru besar salah guna wang sumbangan zakat
Lelaki yang berusia sekitar 50an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira pukul 4.00 petang.

Guru besar rugi RM141,262 diperdaya penuntut Nigeria
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim.

COVID-19: Satu lagi kluster kenduri kahwin dikesan di Sabah
Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster yang dikenali sebagai Kluster Rich Park, di Tawau itu merekodkan 12 kes setakat ini.