awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Istiqomah mahu tuntut keadilan

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2024
01:30 MYT
Keluarga Istiqomah mahu tuntut keadilan
Mohd Yusof menyiram air ke kubur isterinya, Allahyarham Istiqomah. - Gambar SINAR HARIAN
PASIR MAS: Keluarga Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, berikrar untuk menuntut keadilan di atas pemergiannya.
Suami mangsa pembunuhan kejam itu, Mohd Yusof Mokhtar, 35, melahirkan harapan agar keadilan ditegakkan untuk arwah isterinya
“Ahamdulillah isteri saya sudah selamat dikebumikan, saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas bantuan orang ramai juga.
“Saya pun reda dengan pemergiannya, saya melepaskan dia pergi. Terima kasih juga kepada pihak polis yang banyak membantu dalam menyelesaikan kes ini.
“Hanya satu saya mahu, keadilan buat isteri saya, itu saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas jenazah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Pasir Mas malam tadi.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Ahmad Rozi Latimin, 64, juga mahu pelakunya berdepan hukuman setimpal atas jenayah itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur jenazah (Istiqomah) anak perempuan saya selamat dikebumikan di kampung halaman.
“Allah makbulkan doa saya dan isteri (Saliha Ya) terutama selepas lapan bulan dia hilang," katanya kepada pemberita.
Jenazah Allahyarham Istiqomah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas, di sini, pada jam 11.50 malam Isnin.
Sebelum itu, proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu berjalan lancar di Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dibawa menggunakan van jenazah ke kampung halamannya di Kubang Badak di sini, untuk dikebumikan.
Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Pasir Gudang Johor itu meninggalkan tiga anak berusia 4, 6 dan 9 tahun.
Proses pengebumian jenazah berlangsung dalam suasana hiba apabila lebih 400 ahli keluarga dan kenalan yang hadir, bersedih atas pemergian Allahyarham.
Topic Berkaitan
#kes bunuh Istiqomah
#Istiqomah Ahmad Rozi
#badan tanpa kepala
#pembunuhan kejam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan