NATIONAL
Keluarga Pamela Ling buntu, akui tiada tuntutan wang tebusan

Pamela Ling dilaporkan hilang selepas keluar menuju ke pejabat SPRM pada 9 April lalu.
KUALA LUMPUR: Keluarga kepada Pamela Ling Yueh, 42, yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, masih menanti sebarang perkembangan berhubung kehilangan wanita itu.
Ringkasan AI
- Kehilangan Pamela Ling Yueh: Pamela Ling Yueh, 42, dilaporkan hilang sejak 9 April lalu dan keluarganya masih menanti perkembangan.
- Tiada permintaan wang tebusan: Keluarga tidak menerima sebarang panggilan atau permintaan wang tebusan.
- Siasatan pihak berkuasa: Polis sedang menjalankan siasatan dan telah memanggil 12 individu untuk membantu, namun belum ada petunjuk baharu mengenai keberadaan Pamela.
"Sebenarnya, anak saya sudah lama menetap di Singapura bersama suami dan anak, cuma sejak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dia tidak pulang ke sana dan tinggal di Cheras," katanya pada Ahad.
Menurut Kie Yii, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya sebelum wanita itu ke pejabat SPRM di Putrajaya pada hari kejadian.
Sementara itu, adik kepada Pamela, Wan Siong Ling pula mengakui mereka sekeluarga masih kebingungan dan hanya mampu menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Pamela yang dilaporkan tidak muncul selepas keluar menuju ke pejabat SPRM pada 9 April lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, siasatan masih berjalan dan setakat ini seramai 12 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk baharu mengenai keberadaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, polis turut mengesahkan tiada sebarang permintaan wang tebusan diterima berhubung kehilangan wanita berkenaan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai hilang selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami