Keluarga pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pukul terhadapnya.
Ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad, 38, berkata mereka sekeluarga kini sedang menyerahkan siasatan lanjut kes itu kepada polis.
"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati ia berkaitan pukul, kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.
"Kata orang, memanglah sudah takdir tetapi kami akan membuat sesuatu supaya terbela," katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Dzuraidah berkata anak ketiga daripada lima beradik itu sebelum ini sihat malah aktif bermain bola sepak.
Katanya, dia sekeluarga amat rapat dengan Mohamad Thaqif Amin kerana anak itu baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.
Menurut Dzuraidah, Mohamad Thaqif Amin memang bercita-cita menjadi seorang tahfiz dan sudah menghafaz Surah Yassin dan Al-Mulk.
Mohd Thaqif Amin, 11, yang kedua belah kakinya dipotong hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.
Terdahulu, kisah pelajar itu yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas (19 April) menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dikatakan akibat dipukul oleh pembantu warden madrasah itu.
BACA: Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia
Selepas kaki, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan tangan tersebut dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, pagi tadi, demi menyelamatkan nyawanya.
Pembedahan bagaimanapun ditangguhkan kerana jantung pelajar itu tidak stabil dan dia turut mengalami demam.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata laporan ujian darah dan kesihatan Mohamad Thaqif Amin bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya, akan diperolehi sekurang-kurangnya satu atau dua minggu lagi.
Pembantu warden berumur 29 tahun itu kini disambung reman tiga hari mulai esok sehingga Sabtu ini selepas remannya sejak Ahad lepas berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Mohd Thaqif Amin, 11, yang kedua belah kakinya dipotong hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Keluarga pelajar tahfiz ambil tindakan undang-undang jika kematiannya berkaitan pukul
Keluarga pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pukul terhadapnya.
Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif meninggal dunia
Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi.