Keluarga merayu agar Junaidah Ahmad pulang ziarah kubur ibu bapa di kampung. Abang sulungnya berharap wanita berumur 52 tahun yang menghilangkan diri 14 tahun lalu, melupakan perselisihan faham dengan keluarga.

Junaidah mempunyai dua orang anak. Dia dikatakan mengalami gangguan emosi dan kemurungan akibat kematian suami. Kali terakhir Junaidah dilihat adalah pada tahun 2000 di perkampungannya di Masjid Tanah Melaka.

Sudah menjadi tanggungjawab Azhar sebagai abang sulung kepada lapan beradik. Beliau mahu menunaikan hasrat arwah ibu bapa mereka yang mahu menyatukan semua kembali.

"Masa itu adik-beradik selisih faham. Saya tiada dirumah kerana bertugas di Sabah. Kali terakhir kami jumpa dia pada tahun 2000 di kawasan kampung kami di Melaka.

"Kami harap Angah pulang, lihatlah pusara emak dan ayah," rayu Azhar yang tidak dapat menahan sebak.

Azhar Ahmad menunjukkan gambar keluarganya

Meskipun sudah lebih 13 tahun menghilang, Azhar tidak mahu berputus asa untuk mengetahui status adiknya sama ada masih hidup ataupun tidak.

Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi Azhar Ahmad di talian 010-2618662 atau di alamat kampungnya No 17 Teratak Seri Kedah Batu 21 Suku Jalan Durian, Masjid Tengah Masjid Tanah78300 Melaka. Boleh juga hubungi Astro AWANI di talian 010-2618662.