Keluarga mangsa bunuh tidak menyangka kehilangan ibu mereka, Tuan Faridah Tuan Losen, 60, selama empat hari sejak Ahad lepas, berakhir dengan berita kematian wanita itu.
Mayat wanita yang bekerja sebagai peniaga emas itu ditemui di kawasan semak di Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa di sini pada Rabu.
Anak kedua mangsa, Nik Mohd Zumairi Hanapi, 32, berkata ibunya ada menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, dan dia memaklumkan kepada rakannya untuk berjumpa individu berkenaan.
"Namun sehingga pukul 4 petang pada hari yang sama, ibu masih belum pulang menyebabkan kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan arwah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Raja Panyit pada Khamis.
Pada Ahad lepas, Tuan Faridah dilaporkan hilang dari rumahnya dan mayat wanita itu, dipercayai mati dibunuh, ditemui sepasang suami isteri yang sedang mencari rumput untuk makanan kambing mereka di kawasan semak Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa pada kira-kira 6 petang.
Sementara itu, menantu mangsa, Syeikh Ibnu Hajar Jusoh, 36, berkata sebelum kejadian, Tuan Faridah keluar bekerja seperti biasa dan tiada tanda-tanda serta perubahan pelik pada dirinya.
"Kami tidak menyangka sekali arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan sebegini. Pemergiannya hanya meninggalkan kenangan pahit kepada kami sekeluarga kerana arwah adalah seorang yang amat baik dengan sesiapa sahaja.
"Kami menerima pemergian arwah dengan tabah dan sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta berharap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian ibu mendapat balasan yang setimpal," katanya.
Beliau berkata jenazah ibu mertuanya dibedah siasat di Hospital Machang selepas pengecaman mayat dibuat oleh anggota keluarga.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja pada kira-kira 11 pagi ini.
Bernama
Thu Dec 26 2013
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.