Ketidakstabilan institusi kekeluargaan merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah kesihatan mental di kalangan remaja di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata masalah ini dapat dielakkan jika institusi kekeluargaan dijaga dengan harmoni serta penjagaan teliti daripada ibu bapa yang memahami kehendak generasi muda, sekali gus membantu mereka menghadapi cabaran yang mendatang.
"Komunikasi berkesan antara generasi muda dan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan adalah penting bagi memberikan mereka peluang untuk meluahkan perasaan mereka.
"Di samping itu, sekolah juga memainkan peranan penting untuk membendung gejala tidak sihat seperti buli dan penyalahgunaan dadah dan merokok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Mohd berkata Kementerian Kesihatan berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Program Minda Sihat di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia bagi membendung masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja di negara ini termasuk di Terengganu.
"Program ini, dikendalikan oleh Guru Bimbangan dan Kaunseling yang melibatkan saringan DASS (Depression Anxiety Stress Scale) untuk murid Darjah 6 bagi sekolah rendah dan semua pelajar sekolah menengah," katanya.
Dr Mohd berkata program berkenaan bertujuan membantu pelajar dalam kemahiran gaya-daya tindak (coping skills) termasuk mengawal kemarahan, berfikiran positif, menangani stres, belajar teknik menyelesaikan masalah dengan baik serta teknik relaksasi yang boleh membantu menangani/ mengawal gangguan perasaan, kecelaruan minda dan kemurungan.
Bagi kumpulan siswa dan siswi di institusi pengajian tinggi, terdapat Program Siswa Sihat (PROSIS) yang merupakan satu program mempromosikan kesihatan melalui konsep empowerment," katanya.
"Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswa/siswi yang prihatin tentang kesihatan serta berperanan sebagai ejen untuk mempromosikan amalan cara hidup sihat di kalangan rakan serta warga institusi pengajian tinggi.
"Elemen cara hidup sihat seperti tidak merokok, bijak menangani stres dan sihat tanpa alkohol turut diberi penekanan," katanya.
Bernama
Thu Oct 11 2018
Masalah ini dapat dielakkan jika institusi kekeluargaan dijaga dengan harmoni serta penjagaan teliti daripada ibu bapa yang memahami kehendak generasi muda, sekali gus membantu mereka menghadapi cabaran yang mendatang. - Gambar hiasan
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Keluarga tidak stabil antara faktor masalah kesihatan mental remaja di Terengganu
Ketidakstabilan institusi kekeluargaan merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah kesihatan mental di kalangan remaja di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh.