MALAYSIA
Keluarga Wan Ahmad Faris serah memorandum tuntut keadilan

Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, pelajar Tingkatan Empat yang ditemukan maut dalam keadaan tergantung di sebuah tandas sekolahnya pada Disember 2013, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Ringkasan AI
- Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris serah memorandum kepada kerajaan Kelantan dengan tiga tuntutan: penjelasan perobohan lokasi kejadian, ketelusan kawalan keselamatan sekolah, dan komitmen Yayasan Islam Kelantan.
- Kes kematian pelajar tahfiz ini akan disiasat semula selepas Menteri Dalam Negeri mengesahkan PDRM membuka semula kertas siasatan; sebelum ini Mahkamah Koroner (2016) putuskan kematian akibat dibunuh oleh individu tidak dikenal pasti.
- Bedah siasat awal pada 2013 lapor kematian mengejut tanpa unsur jenayah, namun keluarga pertikai dapatan tersebut dan mahu kes dibawa ke mahkamah jika perlu.
"Kami juga menuntut ketelusan dalam kawalan keselamatan sekolah, termasuk tindakan susulan terhadap insiden pergaduhan sebelum tragedi berlaku.
"Selain itu, kami mahu kerajaan negeri dan Yayasan Islam Kelantan menunjukkan komitmen, dengan memastikan maklumat berkaitan tersedia untuk orang awam serta membuka ruang sekiranya kes ini perlu dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
Turut hadir kedua-dua ibu bapa Allahyarham, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Ruhani Hussin bersama penyokong keluarga.

Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini. - Foto Bernama
Pada 20 Ogos, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Polis Diraja Malaysia akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz berkenaan.
Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris ditemukan mati tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, di Kok Lanas. Mayatnya dilaporkan ditemukan penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu.
Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Wan Ahmad Faris mengesahkan kes sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah. Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian pelajar itu disebabkan dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami