awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2023
01:15 MYT
Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat
Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.
SHAH ALAM: Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.
Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat.
"Kami masih lagi menunggu keputusan dari forensik pada pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara.
"Kalau cepat (akan dikebumikan) sebelum Zohor dan urusan pengebumian di bergantung kepada keputusan forensik pagi ini," katanya yang memberitahu mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.
Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 9 malam.
Sebelum itu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari pada Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak autisme
#kanak-kanak hilang
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan