awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelulusan dan pengecualian khas: Dua lagi individu ditahan SPRM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/12/2020
08:44 MYT
Kelulusan dan pengecualian khas: Dua lagi individu ditahan SPRM
Dua lagi individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa direman atas siasatan kes skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa minyak gred berat di perairan Malaysia. - Foto SPRM
PUTRAJAYA:Dua lagi individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa minyak gred berat di perairan Malaysia, hari ini.
Pengarah agensi penguat kuasa tersebut direman selama empat hari manakala seorang pengarah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes yang sama.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, pada Selasa bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dijalankan.
Menurut sumber, kedua-dua suspek berumur antara 50 dan 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dari pukul 9 hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, pengarah agensi kerajaan tersebut disyaki menerima suapan secara bulanan daripada pengurus syarikat perkapalan sebagai balasan tidak menjalankan pemeriksaan ke atas kapal yang menjalankan aktiviti pengisian minyak di perairan Malaysia, sejak tahun lalu.
Sementara itu, dalam siasatan yang sama, seorang timbalan ketua pengarah sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang tempoh remannya tamat, disambung tiga hari lagi sehingga 18 Disember depan.
Dalam pada itu, empat daripada suspek termasuk Setiausaha Bahagian dan pengarah syarikat bergelar Datuk Seri yang direman sebelum ini dilepaskan dengan wang jamin antara RM9,000 dan RM15,000.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#agensi kerajaan
#Timbalan Pengarah
#Mahkamah Majistret Putrajaya
#reman
#sambung reman
#minyak gred berat
#kelulusan dan pengecualian khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan