awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Langkawi, Labuan

Bernama
Bernama
17/11/2023
08:09 MYT
Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Langkawi, Labuan
Dasar pengecualian itu telah lama memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dalam pulau bebas cukai dan pengemaskinian berkenaan meningkatkan lagi kecekapan prosedur pentadbiran berkaitan pemindahan tersebut. - Gambar hiasan
LABUAN: Penjawat awam yang memiliki kenderaan berdaftar di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi, yang kini menikmati pengecualian cukai 50 peratus, boleh menarik nafas lega susulan pengumuman Kementerian Kewangan untuk memberi kelulusan terus bagi pemindahan kenderaan di luar Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 Dis ini.
Ketua Seksyen Cukai Kementerian Kewangan Hazlan Abdul Aziz berkata dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.
"Ini bermakna memintas laluan sebelum ini menerusi Kementerian Kewangan, dengan syarat semua dokumentasi lengkap dan syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.
"Langkah ini bertujuan memudahkan pemindahan kakitangan kerajaan, memastikan peralihan lebih lancar bagi mereka yang berpindah keluar dari zon bebas cukai ini," katanya pada taklimat bersama kakitangan kerajaan di Wisma Kastam di sini hari ini.
Hazlan berkata dasar pengecualian itu telah lama memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dalam pulau bebas cukai dan pengemaskinian berkenaan meningkatkan lagi kecekapan prosedur pentadbiran berkaitan pemindahan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Labuan
#penjawat awam
#pindah kenderaan
#pengecualian cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan