awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelulusan segera pekerja asing mengurangkan kesukaran perniagaan - MEF

Bernama
Bernama
10/12/2022
22:40 MYT
Kelulusan segera pekerja asing mengurangkan kesukaran perniagaan - MEF
Syed Hussain berkata jaminan diberikan Saifuddin Nasution bahawa baki 30,410 permohonan majikan untuk pekerja asing akan diproses dan dipertimbangkan bagi kelulusan dalam tempoh tujuh hari bekerja adalah amat meyakinkan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tindakan segera dalam membawa 373,459 pekerja asing masuk ke negara ini melalui Visa Secara Rujukan berdasarkan permohonan majikan sejak Jan hingga 4 Dis lepas telah meringankan kesukaran yang dihadapi oleh banyak perusahaan dalam operasi harian dan keperluan perniagaan mereka.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 403,869 permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata jaminan yang diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa baki 30,410 permohonan majikan untuk pekerja asing akan diproses dan dipertimbangkan bagi kelulusan dalam tempoh tujuh hari bekerja adalah amat meyakinkan.
"Ia menunjukkan kesungguhan Saifuddin dalam menangani isu yang dihadapi majikan akibat kekurangan tenaga kerja asing."
MEF amat menghargai kesediaan Menteri berkenaan dalam berkongsi butiran data mengenai jumlah semasa pekerja asing di negara ini kerana data tersebut akan membantu pihak berkepentingan membuat penilaian sewajarnya mengenai angka tambahan pekerja asing yang diperlukan oleh industri masing-masing, katanya.
Sehingga November 2022, terdapat 1,391,624 pekerja asing di Pusat Khidmat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Agihan mengikut sektor, antaranya ialah pembuatan (510,507), pembinaan (308,886), perladangan (160,728), perkhidmatan (208,425), pertanian (110,598), pekerja domestik asing (92,338) dan perlombongan/pengkuarian (142).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#Visa Secara Rujukan
#Syed Hussain Syed Husman
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan