awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus

Bernama
Bernama
26/03/2024
01:45 MYT
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Darwis berkata kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan 80.28 peratus setakat Februari lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Beliau berkata kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor, hasil kerjasama pelbagai pihak dalam proses pengambilan tanah.
“Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya manakala kerja-kerja pemasangan landasan dijangka siap hujung tahun ini.
"Dengan kemajuan kerja sebanyak 80.28 peratus di Terengganu dan 62.40 peratus secara keseluruhan, kita sebenarnya berada di landasan yang baik untuk projek siap sepenuhnya pada hujung Disember 2026.
"Di Terengganu kerja-kerja infrastruktur...sebahagian besar sudah diselesaikan. Selebihnya adalah kerja-kerja elektrifikasi, sistem dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL anjuran MRL dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL) di sini, malam tadi.
Seramai 25 anak yatim dan pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyah Darul Hijrah diraikan dalam majlis tersebut dan mereka turut menerima sumbangan duit raya dan cek bagi pembangunan madrasah.
Pembinaan projek ECRL di Terengganu merangkumi jajaran sepanjang 242 kilometer dari daerah Besut ke Kemaman.
Pembangunan turut melibatkan pembinaan enam stesen iaitu Stesen Jertih, Besut, Stesen Bandar Permaisuri, Setiu, Stesen Kuala Terengganu dan Stesen Kemasik, Kemaman yang akan berfungsi untuk mengangkut penumpang.
Sementara dua lagi stesen iaitu Stesen Dungun dan Stesen Chukai, Kemaman akan dibangunkan bagi tujuan pengangkutan kargo dan penumpang.
Jajaran ECRL sepanjang 665 dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap pada Disember 2026.
Apabila siap kelak masa perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Gombak hanya akan mengambil masa kira-kira tiga jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#kerja pembinaan projek
#MRL
#darwis abdul razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan