awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus

Bernama
Bernama
29/11/2023
20:45 MYT
Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus
JKR Perlis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak kontraktor akan menyerahkan terminal itu kepada kerajaan negeri pada Mac tahun depan. - Foto Facebook/Oh My Perlis
KANGAR: Kemajuan projek pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis atau Kangar Sentral, kini mencapai 90 peratus dan dijangkakan siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pihak kontraktor akan menyerahkan terminal itu kepada kerajaan negeri pada Mac tahun depan.
"Kangar Sentral ini merupakan projek pusat pengangkutan awam bersepadu, yang akan menjadi hub pengangkutan darat di Perlis.
"Antara kemudahan yang akan disediakan termasuklah tiga platform pelepasan, platform ketibaan (tiga), parkir sementara bas (enam), parkir awam (25 unit), parkir teksi (25 unit), surau, tandas awam, ruang komersial seperti kiosk dan gerai jualan serta kaunter," menurut kenyataan itu.
Maklumat itu turut dipersembah maklumkan Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan JKR Perlis Ir Law Jia Haur kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa baginda berkenan mengetuai sesi kayuhan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui JKR negeri, semalam.
Projek pembinaan terminal itu bermula pada 6 Okt 2020 dengan menelan belanja kira-kira RM25 juta.
Sementara itu, sempena program kayuhan itu Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyantuni tiga rumah asnaf terpilih dengan pemberian bantuan RM700 secara tunai dan 'Kits MAIPs Peduli' serta beras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#Kangar Sentral
#JKR
#parkir awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan