awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Siasatan terperinci, menyeluruh - Shamsul Anuar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/06/2025
06:30 MYT
Kemalangan bas UPSI: Siasatan terperinci, menyeluruh - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar ketika sidang media hari ini di Hospital Gerik berhubung kemalangan membabitkan bas yang membawa penuntut UPSI di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi. - Foto Bernama
GERIK: Kerajaan memberi jaminan siasatan terperinci dan menyeluruh akan dijalankan terhadap nahas bas yang mengorbankan 13 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli, berhampiran Tasik Banding.

Ringkasan AI
  • Jaminan siasatan menyeluruh: Kerajaan berjanji akan menjalankan siasatan terperinci terhadap nahas bas yang mengorbankan 13 pelajar UPSI di Gerik, dengan penyiasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Nasihat agar tidak berspekulasi: Timbalan Menteri Dalam Negeri meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.
  • Pihak terlibat dalam siasatan: Selain polis, siasatan juga akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom bagi meneliti semua aspek berkaitan kemalangan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuat di bawah bidang kuasa polis.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
"Saya harap keluarga bersabar dan orang ramai memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Tentu siasatan adalah mengambil kira dalam semua aspek, pemandunya, jalan dan sebagainya," katanya.
Beliau ditemui selepas melawat mangsa di Hospital Gerik pada Isnin.
Shamsul Anuar berkata, siasatan juga akan dibuat oleh pihak pihak dan agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom.
Dalam kejadian awal pagi tadi itu, sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#Shamsul Anuar Nasarah
#siasatan menyeluruh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan