awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah zahir ucapan takziah

Bernama
Bernama
10/06/2025
04:20 MYT
Kemalangan bas UPSI: Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah zahir ucapan takziah
Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam serta mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi semalam.
Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam serta mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian yang ditentukan Allah S.W.T.
Beliau berkata Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah juga mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera dan segala urusan berkaitan dipermudahkan.
"Baginda berdua amat berduka dengan tragedi ngeri yang menimpa keluarga dan 15 penuntut UPSI. Baginda berdua turut berdoa agar roh mereka dihimpunkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Sultanah Nur Zahirah
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami