KULAI: Jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Iqbal Hasnun Halimi, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong, di sini, pada jam 7.30 pagi pada Sabtu.
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.
Jenazahnya turut disolatkan di Surau Taman Impian Jaya pada jam 6.40 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian.
Dianggarkan lebih 100 orang hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Bapanya, Halimi Ali Yahad, 50, bersyukur segala urusan arwah anaknya berjalan lancar.
Katanya keluarganya menghargai doa pelbagai pihak yang mengiringi arwah Iqbal Hasnun selepas kejadian menimpanya.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT atas doa, sokongan moral termasuk wakil dari Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Perak dan pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.
"Ada yang melakukan solat hajat, membacakan doa, Yasin dan ia amat bermakna dan mempermudahkan urusan arwah kerana pada awalnya proses bagi menuntut jenazahnya dikatakan memakan masa lebih lima hingga enam hari.
"Selepas solat Jumaat semalam, ada petanda ketiga-tiga jenazah dapat dicam dan dituntut pada hari sama.
"Kesemua keluarga berasa nikmat walaupun perit menerima kenyataan mereka sudah tiada dan nikmat paling besar adalah nikmat persaudaraan insan yang tidak kami kenal yang mengambil berat kebajikan dan kebaikan untuk kami," katanya.
Halimi berkata, Allahyarham bersifat penyayang dan memiliki hubungan baik dengan sepupu termasuk suka menghiburkan kanak-kanak.
Katanya, pelbagai pihak yang mengenali arwah memberi gambaran baik terhadap arwah termasuk daripada segi kebajikan dan kepimpinan.
"Ya Allah, jadikanlah jiwa anak kami Iqbal Hasnun jiwa yang tenang...kembali menghadap pencipta dengan saling redha meredhai.
"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Majlis pengebumian Iqbal Hasnun turut dihadiri ahli keluarganya termasuk bapa, ibu, Nor Laila Paralan, 46; adik, Iqbal Hamdi, 19; Husna Hayati, 16; dan Aisyah Umairah, 4.
Iqbal Hasnun adalah antara mangsa rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi Khamis.
Selain Iqbal, empat mangsa lain yang menjadi korban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat May 14 2022

Jenazah Iqbal Hasnun Halimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong jam 7.30 pagi tadi. -foto ihsan keluarga
![AWANI 7:45 [27/05/2022] - Hubungan dua hala | Bertanding PRU ke-15? | Zuraida bukti kelemahan AWANI 7:45 [27/05/2022] - Hubungan dua hala | Bertanding PRU ke-15? | Zuraida bukti kelemahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968959/thumbnails/7050811511653656847436_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [27/05/2022] - Hubungan dua hala | Bertanding PRU ke-15? | Zuraida bukti kelemahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda; 1. Jepun bantu tarik pelabur ke Malaysia 2. Tengku Zafrul perlu buat kenyataan awal, jika mahu bertanding Pilihan Raya Umum 3. Parti Bersatu semakin lemah, kata Ahmad Maslan #AWANInews #MalaysiaSihat

LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba

AWANI Ringkas: Mayat lelaki diikat ditemui terapung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Filipina: Pengembara ambil dos penggalak tidak perlu jalani saringan COVID-19
Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei.

GEMPAKxAWANI | Konsert saya, anda tak menyesal - Aina Abdul
Aina mengakui tertekan dengan konsertnya yang akan datang namun dia menyatakan tekanan ini satu tekanan yang biasa bagi seorang anak seni.

5G For All | YES lancar pelan 5G pertama di Malaysia
YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi YES, melancarkan pelan hebat ‘YES 5G For All' yang menawarkan kelajuan internet sehingga lebih 665mbps dengan harga bermula serendah 58 ringgit sebulan tanpa had. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication, Wing K. Lee berkata, pelan itu menjadi pelan termurah dan terpantas di pasaran sekali gus sebagai langkah pertama memacu pembangunan 5G di Malaysia.

Majlis Keselamatan | China, Rusia veto resolusi sekatan Korea Utara
China dan Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Amerika Syarikat bagi mengenakan sekatan ke atas Korea Utara. Undian akhir, 13-2 dalam kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan perpecahan mendalam antara negara anggota majlis itu terhadap Pyongyang.

Fail Polis Xinjiang | Ribuan bukti, gambar tahanan Uyghur didedahkan
Fail tersebut yang dinamakan “Xinjiang Police File” diperoleh selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang dan kemudian menyerahkan semua bukti tersebut kepada penyelidik dan aktivis dari Amerika Syarikat, Dr Adrian Zenz.

Politik | Parti Muhyiddin semakin lemah – Ahmad
Keputusan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraidah Kamaruddin yang keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu tidak akan berlaku sekiranya Akta Antilompat Parti segera dikuatkuasakan.

Malaysia dipilih sebagai anggota Majlis Pentadbiran Institut Statistik bagi Asia dan Pasifik - Jabatan Perangkaan
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis.

Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.