awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut tiga beranak, pemandu lori direman

Bernama
Bernama
16/09/2023
07:49 MYT
Kemalangan maut tiga beranak, pemandu lori direman
Tiga sekeluarga maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir yang keluar dari arah kiri secara tiba-tiba. - Gambar fail/Sinar harian
CHUKAI: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai hari ini.
Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira 9 pagi dengan diiringi anggota polis.
Dalam kemalangan pada 2 petang semalam, mangsa Ammir Hussein Mohamad, 38, bersama dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein,1, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir yang keluar dari arah kiri secara tiba-tiba.
Dua lagi anggota keluarga iaitu isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, cedera parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori direman
#Mahkamah Sesyen Chukai
#tiga beranak maut
#kereta dirempuh lori pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan