awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah 'nose landing gear'

Bernama
Bernama
23/06/2025
11:17 MYT
Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah 'nose landing gear'
Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching itu telah mengalami masalah 'nose landing gear' semasa melakukan pendaratan di KIA. - Gambar/ TUDM
KUALA LUMPUR: Pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi tadi dilaporkan mengalami masalah 'nose landing gear'.

Ringkasan AI
  • Pesawat CN-235 milik TUDM tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akibat masalah 'nose landing gear', namun semua anak kapal dan penumpang selamat tanpa kecederaan.
  • TUDM akan menubuhkan lembaga siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, manakala MAHB menutup sementara landasan sehingga jam 3 petang bagi kerja pengalihan pesawat dan pembersihan.
  • Penutupan landasan menyebabkan gangguan kepada operasi penerbangan di KIA, dan pembukaan semula hanya akan dilakukan selepas pengesahan keselamatan oleh CAAM.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 11.15 pagi, seperti yang tular di media sosial.
"Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching itu telah mengalami masalah 'nose landing gear' semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu.
"Kesemua anak kapal serta penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi laman Facebook memaklumkan berikutan insiden itu, landasan di KIA ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat milik TUDM dan pembersihan landasan dijalankan.
Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan itu berterusan hingga 3 petang tadi, dan sepanjang tempoh penutupan landasan semua operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan turut terjejas.
Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat sebaik landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#kemalangan pesawat
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#pesawat TUDM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami