DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Jun 2025.
Sejumlah 39 kematian dan 317 kecederaan dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Parlimen Iran merancang untuk meluluskan satu rang undang-undang bagi menggantung kerjasama dengan (IAEA disebabkan pendiriannya yang bersifat politik.
Jean-Noel Barrot mengulangi gesaan Perancis agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk segera ke Gaza serta pembebasan semua tawanan.
Dalam operasi ini, peluru berpandu Khyber digunakan buat kali pertama dengan taktik baharu yang mengejutkan untuk mencapai ketepatan, kemusnahan, dan keberkesanan yang lebih tinggi.
Penggantungan perkongsian EU-Israel memerlukan sokongan majoriti sekurang-kurangnya 15 negara anggota yang mewakili 65 peratus daripada populasi EU.
Serangan Amerika Syarikat ke atas fasiliti nuklear Iran menandakan titik perubahan sejarah yang boleh mengubah lanskap geopolitik dunia selama-lamanya.
Syarikat Elektrik Israel (IEC) mengesahkan serangan itu mengenai kawasan berhampiran kemudahan penting dan menyebabkan gangguan kuasa di beberapa lokasi.
Fu menegaskan saluran diplomatik masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.
Ancaman yang diterima pada Sabtu itu melibatkan penerbangan SVA 5688 bagi laluan Jeddah-Muscat-Surabaya yang membawa 376 jemaah haji.
Siren amaran serangan udara turut dibunyikan di seluruh kawasan tengah dan selatan Israel, termasuk di Knesset, menyebabkan ahli parlimen terpaksa berlindung di lokasi perlindungan bawah tanah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami