awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya
MALAYSIA
Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan
DUNIA
Harga beras Jepun turun bawah AS$27 bagi setiap 5kg buat kali pertama sejak Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal

Bernama
Bernama
23/06/2025
15:59 MYT
JDT perkukuh benteng, ikat pemain warisan Irazabal
Jon Irazabal diperkenalkan secara rasmi menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
JOHOR BAHRU: Juara 11 kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkemas barisan pemain bagi menghadapi kempen akan datang apabila mengumumkan kehadiran pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal.
Bekas pertahanan kelab Sabah FC di Azerbaijan itu diperkenalkan secara rasmi menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
"Pertahanan kami menerima tambahan tembok baharu, malah bukan asing buat kita. Jon Irazabal kini sah bersama Harimau Selatan!" menurut kenyataan tersebut.
Pemain berusia 28 tahun itu yang mewarisi darah Sabah melalui ibunya, baru sahaja dinaturalisasikan dan melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada Jun lalu.
Irazabal akan menyarung jersi bernombor 17 bersama skuad Harimau Selatan.
Sebelum menyertai JDT, Irazabal beraksi bersama kelab Sabah FK di Liga Premier Azerbaijan dengan mencatat 98 penampilan serta membantu kelab itu menjulang Piala Azerbaijan musim 2024-25.
Selain Irazabal, JDT turut membawa masuk beberapa lagi muka baharu termasuk pertahanan tengah dari Sepanyol, Antonio Glauder; penyerang dari Brazil, Jairo Da Silva serta pemain tengah bertahan, Ibrahim Manusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#naturalisasi
#pertahanan
#Jon Irazabal
#pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami