awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Batik Air sokong CAAM agensi tunggal kawal selia sektor penerbangan
DUNIA
UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya
MALAYSIA
Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Jun 2025.
1. Isteri Abang Johari meninggal dunia
Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang meninggal dunia awal pagi ini, menurut Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman,
2. 38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam parti politik - KPN
Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia..
3. MAVCOM dibubar berkuat kuasa 1 Ogos, CAAM beralih jadi BBDSB
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia bakal dibubarkan secara rasmi pada 1 Ogos ini manakala Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia beralih menjadi Badan Berkanun Diasingkan dan Dibebaskan.
4. Mahkamah benar permohonan Na'imah gantung sementara perintah beku aset di London
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk menggantung sementara perintah pembekuan aset milik beliau dan keluarganya yang bernilai GBP132 juta di London oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
5. SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.
6. 55 peratus pengundi percaya PM, kestabilan negara jadi penentu - Merdeka Centre
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penilaian positif sebanyak 55 peratus, memasuki pertengahan penggal daripada jumlah lima tahun Kerajaan MADANI memegang pentadbiran negara.
7. Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah 'nose landing gear'
Pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi Isnin dilaporkan mengalami masalah 'nose landing gear'.
8. Fatwa mengenai liberalisme kekal sah, terpakai pada individu Islam - Mufti Selangor
Mufti Selangor menegaskan fahaman liberalisme dan pluralisme agama bercanggah dengan ajaran Islam serta boleh menyesatkan akidah umat.
9. Naib Presiden MIC terlibat dalam kemalangan di Bangi
Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah cedera pada tengkuk, badan dan tangan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran persimpangan Bangi, semalam.
10. Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center
Populariti Perdana Menteri Anwar Ibrahim meningkat kepada 55% pada Mei 2025, berbanding 43% tahun lalu, menurut tinjauan Merdeka Center.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#berita penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami