awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Tol Kajang: Pemandu lori direman dua hari, mengaku lompat keluar dari lori - Polis

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2025
04:50 MYT
Kemalangan Tol Kajang: Pemandu lori direman dua hari, mengaku lompat keluar dari lori - Polis
Setakat ini polis telah mengambil lima keterangan, termasuk daripada pemilik syarikat lori berkenaan yang juga majikan pemandu tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan tragis di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu, direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof, setakat ini polis telah mengambil lima keterangan, termasuk daripada pemilik syarikat lori berkenaan yang juga majikan pemandu tersebut.
“Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori mendakwa dia melompat keluar daripada kenderaan kerana menghadapi masalah brek.
"Bagaimanapun, lori terbabit akan dihantar ke pihak berkuasa berkaitan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas mengenai keadaan mangsa, Naazron memaklumkan tiga ahli keluarga bayi yang maut iaitu ibu, nenek dan kembarnya telah dibenarkan keluar dari Hospital Serdang.
“Seorang penumpang Proton X70 masih dirawat di KPJ Kajang, manakala dua kakitangan JKR masih mendapatkan rawatan di Hospital Kajang,” jelasnya.
Naazron berkata, hasil siasatan juga mendapati lori itu kali terakhir diselenggara pada April 2025 namun pihak polis masih menyiasat sama ada benar wujud masalah brek sehingga mengakibatkan tragedi tersebut.
Pada Sabtu, seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang di Kajang.
Dalam kejadian itu, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#Nahas
#Plaza Tol Bukit Kajang
#Naazron Abd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami