awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemarau: LKTN arah tangguh tanam kenaf di Kelantan, Terengganu

Bernama
Bernama
14/05/2023
22:15 MYT
Kemarau: LKTN arah tangguh tanam kenaf di Kelantan, Terengganu
Menurut Idris, sekiranya kenaf ditanam pada musim kemarau, petani akan berhadapan dengan risiko pokok tidak membesar akibat kekurangan air. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mengarahkan penangguhan sementara penanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu berikutan musim kemarau yang melanda, kata Ketua Pengarah LKTN Idris Mohd Salleh.
Bagaimanapun, beliau berkata tanaman itu masih diteruskan di beberapa negeri lain termasuk Kedah, Perlis dan Pahang.
"Oleh kerana kenaf adalah tanaman jangka pendek dan kita mendapat maklumat kemungkinan kemarau akan berterusan, jadi kita mengambil langkah menangguhkan penanamannya melibatkan keluasan 300 hektar di Kelantan dan 200 hektar di Terengganu.
"Kita sedang melihat semula penanaman kenaf ini, jika berterusan kita bimbang akan memberi kerugian kepada 33 petani di Kelantan dan 43 petani di Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Ibu Pejabat LKTN, di sini pada Ahad.
Idris berkata di Kelantan dan Terengganu kenaf ditanam sekali setahun sahaja dalam tempoh Januari hingga Ogos kerana kedua-dua negeri itu lazimnya dilanda hujan lebat pada Oktober atau November.
Menurutnya tempoh penanaman kenaf di dua negeri itu berbeza berbanding di Kedah dan Perlis yang ditanam sepanjang tahun dan sekiranya ia ditanam pada musim kemarau, petani akan berhadapan dengan risiko pokok tidak membesar akibat kekurangan air.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Idris berkata LKTN akan menguatkuasakan pendaftaran Lesen Mengedar Tembakau atau Keluaran Tembakau tanpa fi iaitu melibatkan rokok di semua premis di seluruh negara berkuat kuasa Januari tahun ini.
"Setakat ini sebanyak 16,000 daripada 60,000 premis di Semenanjung sudah memohon secara dalam talian bagi mendapatkan lesen ini.
"Kita di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi diberi mandat dan tanggung jawab untuk melesenkannya serta bekerjasama dengan agensi lain," katanya.
Menurutnya bagi pelesenan dengan fi pula akan berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan dan kadarnya akan ditetapkan serta dimuktamadkan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
#kemarau
#kenaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan