awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA

Bernama
Bernama
23/01/2024
21:00 MYT
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA
Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian, menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).
Dalam kenyataan pada Selasa, persatuan itu berterima kasih kepada Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang berkongsi keputusan penting, hasil mesyuarat antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong pada 16 Jan, 2024 .
MPOA menjelaskan pembekuan pengambilan pekerja asing, yang dilaksanakan sejak 17 Mac, 2023 telah menimbulkan cabaran kepada pelbagai industri, khususnya sektor perladangan.
Justeru, pihak MPOA menghargai maklum balas segera kerajaan untuk menangani defisit tenaga kerja yang kritikal selain mengenal pasti anggaran kerugian pendapatan sebanyak RM20 bilion pada 2022 ekoran kekurangan penuai sawit.
MPOA memaklumkan defisit itu berterusan sehingga 2023 dan mengakibatkan peningkatan pengeluaran tandan buah segar (TBS) atau minyak sawit mentah (MSM) yang kecil tahun ke tahun selepas pandemik COVID-19.
"Kemasukan 40,000 pekerja ke dalam sektor perladangan mempunyai potensi ekonomi yang besar.
"Berdasarkan andaian bahawa separuh daripada mereka diperuntukkan untuk kerja-kerja menuai, membentuk tenaga kerja 20,000 penuai, maka terdapat peluang untuk kesan ekonomi yang besar.
"Mengambil kira kecekapan setiap penuai mengutip satu tan BTS sehari selama 260 hari bekerja setahun, dan dengan harga BTS semasa pada RM750 satu tan, potensi BTS yang diperoleh berjumlah 5.2 juta tan, ini membawa kepada pendapatan yang mengejutkan iaitu hampir RM4 bilion," tambah MPOA.
Menurut persatuan itu semua angka tersebut menunjukkan bukan sahaja kemakmuran ekonomi yang dijana dalam sektor perladangan malah juga kesan meluasnya terhadap hasil kerajaan.
"Ini sejajar dengan konsep MADANI, menekankan masa depan bersama dan faedah kolektif daripada usaha bersepadu dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kemampanan," menurut MPOA.
MPOA menegaskan bahawa ahlinya berpandukan Garis Panduan Pengambilan Bertanggungjawab yang diperkenalkan pada 2023 untuk memastikan tempat tinggal yang kondusif dan kebajikan pekerja asing semasa proses pengambilan pekerja.
Garis panduan itu merupakan komponen penting dalam Piagam Pekerjaan Bertanggungjawab MPOA yang dikeluarkan pada 2022, yang menekankan amalan pengambilan pekerja beretika dan kesejahteraan tenaga kerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#perladangan
#minyak sawit
#MPOA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan