awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pelajar Pra Universiti Unimas ditangguhkan - Uggah

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2020
11:46 MYT
Kemasukan pelajar Pra Universiti Unimas ditangguhkan - Uggah
UGGAH berkata, Ini merupakan antara lima keputusan yang diambil JPBN Sarawak hari ini dalam membendung penularan COVID-19.
Kemasukan pelajar ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) program Pra Universiti Ogos ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu selepas pihaknya berbincang dengan barisan pengurusan Unimas.
Katanya, ini merupakan antara lima keputusan yang diambil JPBN Sarawak hari ini dalam membendung penularan COVID-19.
"JPBN Sarawak turut memutuskan mengenai peluasan penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan di Padawan melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Siburan sehingga 3 Ogos ini.
"Ketiga, memandangkan kes positif (COVID-19) di Kuching dan Samarahan semakin meningkat, pergerakan antara bahagian tidak digalakkan kecuali bagi kes-kes tertentu seperti menjalankan tugas rasmi; pekerja perkhidmatan penting; kematian ahli keluarga terdekat; sakit tenat serta keperluan pemeriksaan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan COVID-19 Sarawak di sini pada Jumaat.
Uggah menambah, penggunaan pelitup muka diwajibkan di tempat awam, pengangkutan awam, pusat beli-belah, pasar, kedai makan serta kedai runcit berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Selain itu, katanya, semua rakyat negeri itu yang balik dari luar negara dan transit di Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah, Brunei atau Singapura diwajibkan menjalani kuarantin di destinasi terakhir selama 14 hari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Douglas Uggah Embas
#kes positif
#kesihatan
#Kuching
#pelajar
#Pengerusi JPBN Sarawak
#pra universiti
#rakyat
#sekolah
#Unimas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan