KOTA BHARU: Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, Selasa, lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata ia berikutan laporan bedah siasat oleh pakar forensik patalogi HRPZ II tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian OKT berusia 23 tahun itu.
Beliau berkata terdahulu OKT tersebut sedang dirakam percakapan dan dokumentasi bagi membantu siasatan kes kecurian kenderaan di Pejabat Cawangan Bantuan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, sebelum dilihat dalam keadaan bergetar dan mulut berbuih.
"Pegawai dan anggota yang dalam proses rakaman percakapan itu telah bertindak segera dengan mengejarkan mangsa ke HRPZ II bagi mendapatkan bantuan untuk merawat dan menyelamatkan mangsa yang berada dalam keadaan menggigil dan tidak sedarkan diri.
"Bagaimanapun, setelah bantuan diberikan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas telah mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 2.30 petang. Ekoran daripada itu, satu kertas siasatan telah dibuka untuk siasatan awal berhubung kejadian ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Shafien berkata pakar forensik patalogi HRPZ II telah menjalankan bedah siasat pada hari sama namun tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.
"Pakar hanya memutuskan keputusan awal punca kematian mangsa sebagai unascertained dan punca kematian bergantung selanjutnya kepada laporan analisis dan ujian makmal yang akan dilakukan oleh pihak patalogi," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara telus berdasarkan laporan analisis serta ujian makmal HRPZ II bagi mencari punca sebenar kematian mangsa.
"Justeru, saya menggesa dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta membuat pelbagai andaian berhubung kejadian ini. Hala tuju siasatan polis akan ditentukan setelah laporan penuh dikeluarkan oleh pakar forensik berhubung punca kematian mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

Menurut Shafien laporan bedah siasat oleh pakar forensik patalogi HRPZ II tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian OKT berusia 23 tahun itu. - Gambar fail/BERNAMA

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.

Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).